Live Webinar: Nadipreneur/Empowerher
13 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada Khamis bertarikh 12 Februari 2026 yang lepas, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menghantar seorang wakil usahawan untuk menghadiri satu webinar yang bertajuk Operasi Perniagaan dibawah NADIPRENEUR/EMPOWERHER. Live webinar tersebut telah dijalankan secara atas talian selama dua jam iaitu dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
Live webinar tersebut dijalankan adalah untuk memberi beberapa perkongsian mengenai operasi perniagaan untuk membantu para usahawan untuk meningkatkan kecekapan dann prestasi dalam memperkembangkan bisnes mereka. Penceramah, En Abu Musa Mansor turut memberi contoh beberapa tokoh usahawan yang berjaya yang boleh dicontohi oleh para peserta seperti Khairulaming dan sebagainya.
Kami berharap agar apa yang dipelajari semasa menyertai webinar tersebut dapat dijadikan panduan kepada usahawan yang mempunyai niat untuk memulakan perniagaan mereka.
Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: